Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.
Tuesday, May 13, 2008
Kata-kata Hikmah
Posted by nani at 7:56 AM 1 comments
Hukum " BERDATING "
Berdating bererti menghampiri perzinaan. Dalam Islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri perzinaan. Oleh kerana pezinaan itu mendatangkan dosa besar, maka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan termasuklah Dating ini adalah haram dan berdosa.
Kaedah feqah menjelaskan "Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram". Jauhilah dari berdating kerana ianya adalah jalan mudah bagi syaitan menjerumuskan anak Adam ke lembah perzinaan. Jauhilah dari berdating kerana orang yang ketiga di masa itu ialah syaitan.
Posted by nani at 7:43 AM 2 comments
Mengenali Pelaburan Sah dan Pelaburan Palsu
Frasa “pelaburan internet” terlalu umum untuk mewakili semua jenis pelaburan dalam talian dan adalah tidak tepat untuk melabelkan semua pelaburan Internet sebagai satu penipuan atau palsu.
Jadi persoalannya sekarang bagaimanakah kita boleh mengenal pasti pelaburan palsu dan pelaburan sah yang diiktiraf oleh kerajaan?
Suruhanjaya sekuriti telah mengeluarkan panduan untuk membantu bakal pelabur mengenali laman web pelaburan palsu.
Laman web pelaburan palsu biasanya mempunyi ciri-ciri berikut:
- Laman web ini menawarkan skim pelaburan yang amat menarik yang mendakwa ia boleh memberikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah. Ia juga menggunakan alamat pejabat yang berkaliber jika maklumat ini disediakan.
- Ia menawarkan program pelaburan rahsia dalam pasaran pelaburan tertutup (private investment market), atau pulangan lebih tinggi daripada pulangan purata pasaran.
- Pengurus mendakwa mereka sebagai pakar pelaburan, yang mempunyai rekod pelaburan yang sempurna. Walau bagaimana pun identiti sebenar mereka tidak boleh dipastikan.
- Tiada dokumen yang menunjukkan aktiviti pelaburan dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sesetengah laman web mendakwa aktiviti mereka tidak memerlukan lesen kerana berpusat di luar negara.
- Cadangan dan nasihat untuk membeli/menjual stok-stok tertentu disampaikan melalui e-mail, SMS atau laman web pribadi yang hanya boleh diakses oleh ahli.
- Penubuh skim ini turut mempromosikan program mereka melalui spam email atau forum-forum di Internet. ( Komen saya - ingat bukan semua skim yang dipromosikan melalui forum di Internet adalah palsu) .
- Laman web mereka direka secara professional untuk menyerupai perniagan sah. Ia dilengkapkan dengan harga stok secara langsung (real time stock prices), komen dan berita tentang pasaran pelaburan. Adakalanya link ke laman web pelaburan sebenar disertakan.
- Sesetengah laman web ini menawarkan perkhidmatan percuma seperti panduan asas tentang pasaran pelaburan, e-book dan akses kepada chatroom dan forum. (Harus diingatkan lagi sesetengah laman web sah mungkin menyediakan perkhidmatan sebegini).
- Pembayaran dilakukan melalui Internet kepada akaun yang berasal di luar pesisir (offshore account). Sesetengah pelabur hanya boleh melihat keuntungan maya mereka tapi perlu melalui proses yang berbelit-belit untuk mengeluarkan wang tersebut.
Posted by nani at 7:27 AM 0 comments